Panggilan untuk Cadangan Pembiayaan yang Pertama 2022

Dana Antarabangsa untuk Media Kepentingan Awam (IFPIM) ialah sebuah inisiatif pelbagai hala baharu yang berani, direka khas untuk menyokong media berkepentingan awam yang bebas terutamanya dalam tetapan berpendapatan rendah dan sederhana serta untuk menyokong penyelesaian sistemik jangka panjang terhadap keadaan semasa yang menghalang pembiayaan media bebas itu sendiri.

Dana ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah sumber yang tersedia secara mendadak untuk menyokong bidang kewartawanan yang boleh dipercayai, beretika, berasaskan fakta, dan membolehkan media tersebut bekerja untuk demokrasi. Butiran lanjut tentang Dana ini boleh didapati di ifpim.org.

Kemajuan ketara telah dicapai dengan dana ini, dan ketika masih di peringkat awal penubuhannya, ia telah memperoleh pembiayaan yang mencukupi untuk melancarkan panggilan untuk cadangan awal yang berskala kecil. Panggilan untuk cadangan ini adalah yang pertama daripada siri peluang pembiayaan.

Petak 1 : Definisi Media Kepentingan Awam

IFPIM mentakrifkan Media Kepentingan Awam sebagai media yang:

  • bebas daripada penapisan dan bebas;
  • wujud untuk memaklumkan orang ramai tentang isu yang membentuk kehidupan mereka dengan cara yang memberi manfaat kepada orang ramai dan bukannya kepentingan politik, komersial atau kaum;
  • membolehkan debat dan dialog awam di seluruh masyarakat; dan
  • memastikan mereka yang berkuasa untuk bertanggungjawab bagi pihak kepentingan awam.

Ini bermakna tumpuan kepada media yang beretika dan boleh dipercayai yang bekerja demi kepentingan semua orang di seluruh masyarakat, bukan hanya mereka yang mempunyai kuasa atau wang untuk membayar atau mempengaruhi media. Media kepentingan awam boleh jadi media komersial, perkhidmatan awam atau komuniti dan diedarkan dalam talian, siaran, bercetak atau saluran-saluran lain.

"Tanpa akses kepada berita bebas yang boleh dipercayai, penduduk akan dibiarkan dalam kegelapan, kerajaan menjadi korup dan institusi demokrasi bakal menjadi satu kepura-puraan."

Mark Thompson dan Maria Ressa

Pengerusi Bersama, IFPIM

Objektif pembiayaan ini

Panggilan pembiayaan pertama ini telah direka khas sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk mengekalkan serta membina semula media kepentingan awam pada masa keadaan ekonomi yang sangat mencabar sekarang dengan tujuan untuk memastikan sokongan berterusan kepada bidang kewartawanan demi kepentingan awam dan meluaskan jangkauan dan perhubungan audiens.

Untuk panggilan cadangan pertama ini, permohonan untuk pembiayaan hendaklah berkaitan dengan satu atau lebih objektif yang berikut:

  • pengeluaran dan penyebaran berterusan pelaporan media kepentingan awam untuk mengekalkan peranan dan impaknya dalam masyarakat bagi konteks keadaan pasaran yang teruk dan keperluan pembiayaan yang kritikal
  • pembangunan pendekatan bercita-cita tinggi untuk menangani cabaran maklumat palsu dalam masyarakat, termasuk dengan menguji bentuk penglibatan baharu dengan audiens dan dengan bekerjasama dengan pelaku lain dalam ekosistem media atau masyarakat sivil
  • peningkatan jangkauan dan penglibatan audiens, termasuk yang berusaha untuk menangani keperluan audiens yang kurang mendapat layanan
  • penambahbaikan perwakilan masyarakat dalam ekosistem media termasuk dengan mempromosikan kepelbagaian dalam bilik berita dan melalui liputan isu dan komuniti yang kurang dilaporkan

Skop geografi

Dalam panggilan pertama ini, nota konsep dijemput daripada organisasi media yang mempunyai rekod kewartawanan berkepentingan awam yang kukuh di negara yang disenaraikan di bawah.

  • Sub-Sahara Afrika: Ghana, Kenya, Niger, Senegal, Sierra-Leone, Afrika Selatan;
  • Timur Tengah dan Afrika Utara: Lebanon, Tunisia;
  • Caribbean, Amerika Tengah dan Selatan: Brazil, Colombia, Mexico;
  • Asia dan Pasifik: Afghanistan, Malaysia, Nepal, Filipina;
  • Eropah Timur: Georgia, Ukraine.

Geran mesti menyokong media kepentingan awam di salah satu negara yang disenaraikan di atas. Panggilan akan datang akan merangkumi negara tambahan selain daripada yang disenaraikan di sini.

Saiz geran dan kelayakan

Jumlah geran: Geran akan diberikan dalam tempoh sehingga 2 tahun. Kami menjangkakan majoriti geran adalah dalam lingkungan $80,000 hingga $350,000. IFPIM sedar akan keperluan untuk mengimbangi keperluan bagi pembiayaan kritikal dan risiko yang berkaitan dengan mewujudkan pergantungan terhadap satu pembiaya. Jumlah geran setahun secara amnya dijangkakan dalam lingkungan 10% – 30% daripada belanjawan tahunan organisasi.

Jenis pemohon: Geran untuk panggilan pembiayaan ini hanya tersedia kepada organisasi media dan tidak tersedia kepada individu atau pelaku lain dalam ekosistem media. Organisasi media ditakrifkan sebagai organisasi dengan entiti undang-undang berdaftar yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum melalui medium komunikasi massa.  Kedua-dua organisasi media untung dan bukan untung boleh memohon pembiayaan ini. Untuk memohon, pemohon mesti mempunyai pendapatan semasa yang sekurang-kurangnya $50,000 setahun. Kami menjangkakan kebanyakan pemohon memperoleh pendapatan yang melebihi $50,000 setahun.

Pemohon perlu menunjukkan bahawa mereka memenuhi definisi media kepentingan awam seperti yang diterangkan dalam Petak 1. Selagi mereka memenuhi definisi tersebut, kami akan mempertimbangkan permohonan daripada organisasi media bagi semua: jenis platform (dalam talian dan luar talian); jangkauan dan audiens (daripada media nasional kepada saluran tempatan dan komuniti); kedudukan editorial (generalis dan media yang lebih khusus); dan tahap kematangan organisasi (media terkemuka dan lebih banyak organisasi yang baru ditubuhkan).

Proses Permohonan dan Pemilihan

Organisasi yang ingin memohon pembiayaan dalam panggilan pertama ini, pada mulanya, perlu menyerahkan nota konsep ringkas (kira-kira 3 hingga 4 muka surat) yang menerangkan tentang:

  • organisasi pemohon, termasuk kesesuaiannya dengan definisi media kepentingan awam IFPIM; dan
  • perkara yang ingin dicapai oleh pemohon dengan pembiayaan IFPIM.

Borang nota konsep boleh diakses pada pautan ini.

Maklumat dan panduan tambahan tersedia melalui pautan di bawah, termasuk ‘soalan lazim’. Jika pertanyaan anda tidak dijawab sila hantar soalan anda sebelum 20 Mei kepada: opencall@ifpim.org dan dengan tajuk subjek e-mel anda ‘Soalan berkaitan Panggilan Pembiayaan 1’. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan membalas e-mel individu tetapi akan mengemas kini ‘soalan lazim’ semasa proses permohonan.

Nota konsep akan dipertimbangkan dan disenarai pendek untuk pertimbangan selanjutnya. Pemohon yang disenarai pendek kemudiannya akan dijemput untuk memberikan cadangan yang lebih terperinci, termasuk maklumat lanjut tentang kewangan, kesan yang dijangkakan dan dokumentasi untuk tujuan penilaian wajar. Keputusan akhir pembiayaan akan dibuat selaras dengan kriteria pemilihan. Kami menjangkakan panggilan ini akan menerima bilangan pemohon yang tinggi dan hanya beberapa pemohon yang akan berjaya.

Garis masa

Isnin 13 Jun 2022

Tarikh akhir penyerahan nota konsep (sehingga 11.59 malam GMT). Pemohon akan menerima e-mel yang mengesahkan bahawa kami telah menerima permohonan anda.

Isnin 11 Julai 2022

Semua pemohon akan dimaklumkan tentang hasil proses penyenaraian pendek. Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengemukakan cadangan yang lebih terperinci. Panduan lanjut akan diberikan kepada pemohon yang disenarai pendek pada peringkat ini.

Isnin 15 Ogos 2022

Tarikh akhir untuk pemohon yang disenarai pendek menyerahkan cadangan (sehingga 11:59 malam GMT).

Khamis 15 September 2022 dan seterusnya

Pemilihan set awal penerima geran selewat-lewatnya pada 15 September dan pemilihan penerima tambahan geran selewat-lewatnya pada 15 November. Pemohon yang ditolak semasa proses pemilihan akan dimaklumkan mengenai keputusan sejurus selepas keputusan dibuat. Pemohon yang terpilih akan melalui fasa kontrak. Pengeluaran dana akan dilakukan sejurus selepas tandatangan perjanjian geran tetapi garis masa yang tepat akan bergantung pada bidang kuasa yang berkenaan.

Kelayakan dan kriteria pemilihan

Peringkat pertama proses pemilihan kami adalah berdasarkan semakan kami terhadap nota konsep, maklumat organisasi dan rekod prestasi pemohon dan juga akan mengambil kira kriteria berikut:

  • Semua kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan dalam bahagian “saiz geran dan kelayakan” dipenuhi.
  • Integriti editorial organisasi, kemungkinan menghasilkan bahan penulisan yang berkepentingan awam dan penjajaran dengan definisi kami tentang Media Kepentingan Awam.
  • Rekod prestasi, kecekapan dan kepelbagaian organisasi dan pasukan.
  • Potensi impak pembiayaan – termasuk penjajaran visi atau aktiviti yang dicadangkan dengan objektif panggilan pembiayaan ini, dan kesan jangkaan pembiayaan berdasarkan definisi pemohon tentang rupa bentuk kejayaan.

Pada peringkat kedua, cadangan pemohon yang disenarai pendek akan dinilai dengan mengambil kira potensi impak, kualiti rancangan untuk mencapai objektif yang dicadangkan, keperluan kewangan pemohon dan penjajaran antara pembiayaan yang diminta dan objektif yang dicadangkan, kapasiti dan komitmen pasukan untuk memacu daya tahan dan pembangunan organisasi, serta komitmen terhadap pembelajaran. Butiran lanjut akan diberikan kepada pemohon yang disenarai pendek bersama borang untuk mengemukakan cadangan.

Cara memohon

Lengkapkan senarai semak keperluan kami dan borang nota konsep untuk memohon.

The International Fund for Public Interest Media is an independent fund made possible by the generous financial support of: